14 February 2008

Warga indon sindiket pas kerja palsu

BERITA HARIAN
Selasa 13 November 2007

Warga indon sindiket pas kerja palsu
Oleh Shamshul Azree Samshir
PUTRAJAYA: Tindakan bijak pemandu teksi yang juga anggota Rela mencungkil maklumat daripada seorang penumpang warga indon berjaya membantu Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pengeluaran pas dan pelekat kerja palsu di Lembah Klang yang didalangi dua lelaki indona.

Berbekalkan maklumat itu, anggota Rela terbabit membawa lelaki indon yang mendakwa menjadi mangsa sindiket itu bertemu Pengarah Penguatkuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed yang bertindak pantas menjerat dalang itu.

Ishak berkata, seorang daripada lelaki terbabit ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Kilometer 7, Gombak, Selangor, manakala seorang lagi ditangkap di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa Empat, Kampung Baru, Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Kita menemui pelbagai dokumen termasuk 92 pasport asing dan 70 pelekat palsu serta pelbagai peralatan untuk mencetak pelekat palsu, cop keluar masuk palsu, tiga thumb drive, komputer peribadi, pencetak dan pengimbas.

"Kita mengesyaki kedua-dua lelaki terbabit yang berusia lingkungan 40-an bekerja sama dan beroperasi secara haram sejak enam bulan lalu dengan mengenakan bayaran sehingga RM3,000 kepada pelanggan terutama rakyat indon yang ingin memiliki permit kerja palsu," katanya semalam.

Ishak berkata, semakan rekod sejak tahun lalu menunjukkan kegiatan sindiket pengeluaran dokumen palsu termasuk pasport dan permit kerja didalangi rakyat indon.

"Serbuan menunjukkan rakyat asing ini memegang pas lawatan sosial sah atau memilik taraf penduduk tetap (PR). Secara logiknya, mereka mudah menawarkan perkhidmatan kerana pelanggan adalah kalangan rakyat indon," katanya.

No comments: