Rabu 21 November 2007
Oleh Saipul Adli Mohamad
JOHOR BAHRU: Perubahan sikap seorang buruh warga Indon yang kelihatan kurang bermaya dan malas bekerja, seolah-olah petanda lelaki terbabit akan menemui ajal selepas lemas berikutan terhidu gas beracun ketika mahu membuka penutup saluran dalam lubang najis berhampiran loji kumbahan di kawasan perumahan Taman Setia Tropika, Kempas Baru di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Suwarni, 35, turun ke dalam lubang najis sedalam kira-kira enam meter itu dengan menggunakan tangga, selepas rakannya, Mustahal Wahid, 33, selesai melakukan ujian untuk menghilangkan gas dengan menggunakan api.
"Kami tinggal di rumah kongsi sama tetapi dia masih bujang, manakala saya mempunyai seorang anak. Saya mengenali arwah sejak bekerja di sini, kira-kira tiga tahun lalu dan berjumpanya setiap hari kerana kami bekerja di bahagian sama termasuk membuat longkang.
"Pagi tadi (semalam), Suwarni kelihatan letih dan malas bekerja, sedangkan selalunya dia rajin. Saya tidak menegurnya kerana menganggap perasaannya terganggu selepas kami ditahan polis kerana meletakkan van pekerja di tempat tidak sepatutnya, kira-kira jam 10 pagi dan bernasib baik hanya diberi amaran.
"Bagaimanapun, tidak sangka pula, dia akan menemui ajal pada hari ini dan saya agak terkilan kerana tidak sempat membantunya yang lemas sebelum jatuh dalam air di dalam lubang najis itu," katanya.
Mustahal berkata, beliau lebih dulu turun dalam lubang najis itu, kira-kira jam 2 petang tetapi naik semula lima minit kemudian berikutan tidak tahan dengan bau gas yang kuat dan berdiri di tangga dengan jarak kira-kira tiga meter dari dasar lubang berkenaan.
Ketika itu, katanya, mangsa berada di dasar lubang sebelum rebah tidak lama kemudian kemungkinan akibat lemas selepas terhidu bau gas itu dan terjatuh dalam air sedalam kira-kira satu meter.
Menurutnya, dua lelaki yang berada di kawasan loji itu
Berdasarkan siasatan awal polis, lubang najis itu sudah dibuka pada awal pagi untuk kerja mengalirkan air tetapi kira-kira jam 11 pagi, air terpaksa dipam keluar berikutan ia tidak boleh masuk ke dalam loji kumbahan disebabkan masalah penutup saluran.
Berikutan itu, kumpulan pekerja terbabit termasuk seorang juruteknik ditugaskan untuk membuka penutup saluran dari lubang najis ke loji kumbahan dan Mustahal lebih dulu masuk ke dalam lubang itu tetapi naik semula tidak lama kemudian kerana terhidu bau gas yang kuat.
Tidak lama kemudian, Mustahal yang membuat ujian menggunakan api untuk menghilangkan gas, mula turun ke separuh lubang itu selepas mendapati api sudah tidak menyala, tetapi mangsa terus turun ke dasar dengan membawa pahat.
Selepas kira-kira 15 minit, dua pekerja di loji kumbahan ternampak lelaki itu dalam kelemasan dan mengarahkannya naik namun hanya selepas naik tiga anak tangga, mangsa jatuh terlentang dalam air.
Dua pekerja di loji kumbahan termasuk Suhardi
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi semalam
1 comment:
ayuuuk perang Nuklir. tunggu virus berikutnya!!!!!!!!!!
Post a Comment