HARIAN METRO
Rabu, 07 November 2007
Pendatang haram warga indon
Oleh Zaid Salim
DUNGUN: Dua pendatang tanpa izin warga indon nekad meredah belukar dan paya bagi mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang menyerbu rumah kongsi kilang kayu di Santong dekat sini, kira-kira jam 1 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, kedua-dua lelaki terbabit bersama enam rakan termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun nekad terjun melalui tingkap belakang sebaik pintu rumah kongsi terbabit diketuk.
Pengarah Imigresen negeri, Mohd Azmin Hassan, berkata anggotanya menahan enam pendatang indon terbabit termasuk seorang wanita manakala dua lelaki terbabit dapat meloloskan diri.
Menurutnya, walaupun anggota penguat kuasa cuba mengejar dua lelaki terbabit tetapi gagal kerana belakang rumah kongsi itu berpaya dan dipenuhi belukar hingga menyukarkan untuk memberkas mereka.
Katanya, dalam serbuan diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Sabri Ismail itu mendapati rumah kongsi berkenaan sengaja dibina berhampiran paya bagi memudahkan mereka melarikan diri jika diserbu.
"Kita percaya mereka sengaja membina rumah kongsi di kawasan berkenaan bagi menyukarkan anggota penguat kuasa mengepung selain memudahkan mereka melarikan diri ketika diserbu.
"Selain itu, pendatang indon terbabit dipercayai bergilir sesama sendiri membuat kawalan di sekitar kawasan rumah kongsi terbabit pada sebelah malam.
"Dalam serbuan itu, anggota kita terpaksa menunggu 15 minit sebelum menyerbu apabila mendapati ia dikawal seorang lelaki.
"Serbuan hanya dibuat selepas mendapati lelaki terbabit tidur di depan pintu luar kongsi terbabit," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, semua enam warga indon termasuk seorang wanita itu kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang sebelum didakwa di mahkamah.
"Tiga akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan, seorang mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan dua lagi mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas," katanya.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Kampung Che Lijah, di sini, empat lelaki warga indon berusia 20-an ditahan ketika asyik bersembang dalam sebuah rumah sewa, kira-kira jam 2 pagi semalam.
"Kita mensasarkan menyerbu dua rumah dipercayai didiami pendatang tanpa izin warga indon tetapi gagal kerana penghuni satu daripada dua rumah itu sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota Imigresen," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya akan terus membuat pemantauan dan operasi di kawasan berkenaan khususnya di Kampung Che Lijah bagi memastikan kehadiran pendatang tanpa izin Kemboja di kampung itu tidak berleluasa.
"Semua lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa," katanya.
BERITA HARIAN
Selasa 13 November 2007
Warga indon sindiket pas kerja palsu
Oleh Shamshul Azree Samshir
PUTRAJAYA: Tindakan bijak pemandu teksi yang juga anggota Rela mencungkil maklumat daripada seorang penumpang warga indon berjaya membantu Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pengeluaran pas dan pelekat kerja palsu di Lembah Klang yang didalangi dua lelaki indona.
Berbekalkan maklumat itu, anggota Rela terbabit membawa lelaki indon yang mendakwa menjadi mangsa sindiket itu bertemu Pengarah Penguatkuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed yang bertindak pantas menjerat dalang itu.
Ishak berkata, seorang daripada lelaki terbabit ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Kilometer 7, Gombak, Selangor, manakala seorang lagi ditangkap di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa Empat, Kampung Baru, Kuala Lumpur malam kelmarin.
"Kita menemui pelbagai dokumen termasuk 92 pasport asing dan 70 pelekat palsu serta pelbagai peralatan untuk mencetak pelekat palsu, cop keluar masuk palsu, tiga thumb drive, komputer peribadi, pencetak dan pengimbas.
"Kita mengesyaki kedua-dua lelaki terbabit yang berusia lingkungan 40-an bekerja sama dan beroperasi secara haram sejak enam bulan lalu dengan mengenakan bayaran sehingga RM3,000 kepada pelanggan terutama rakyat indon yang ingin memiliki permit kerja palsu," katanya semalam.
Ishak berkata, semakan rekod sejak tahun lalu menunjukkan kegiatan sindiket pengeluaran dokumen palsu termasuk pasport dan permit kerja didalangi rakyat indon.
"Serbuan menunjukkan rakyat asing ini memegang pas lawatan sosial sah atau memilik taraf penduduk tetap (PR). Secara logiknya, mereka mudah menawarkan perkhidmatan kerana pelanggan adalah kalangan rakyat indon," katanya.
BERITA HARIAN
Jumaat 16 November 2007
Dua beradik parah halang perompak warga indon
MIRI: Dua beradik cedera dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Miri selepas berjaya menghalang sekumpulan perompak melarikan barang berharga dari kediaman mereka, di Desa Indah 3, Bandar Baru Permyjaya, di sini, malam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berumur 20-an, yang enggan identiti didedahkan cedera pada bahagian muka dan tangan akibat tetakan parang ketika pergelutan dengan penjenayah warga Indon
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Abang Abdillah Abang Othman, berkata tindakan berani dua beradik itu berjaya menggagalkan cubaan perompak menyamun di kediaman mereka.
"Namun kedua-dua beradik itu mengalami kesan lebam dan cedera agak teruk akibat pergelutan berkenaan. Mereka masih dirawat di Hospital Miri namun keadaan mereka stabil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, seramai empat hingga enam perompak bertopeng dan bersenjatakan parang terbabit dalam cubaan rompak itu.
"Setakat ini, seorang lelaki ditahan beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan polis," katanya yang terlalu awal untuk polis mengaitkan pembabitan suspek dalam kes berkenaan.
Abdillah berkata, sebanyak enam kes rompak dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perumahan Senadin dan Permyjaya dekat sini sejak sebulan lalu.
Ia adalah kejadian kedua berlaku dalam tempoh kurang 36 jam selepas kes rompakan bersenjata di Taman Desa Senadin, dekat sini, malam sebelumnya.
Dalam kejadian itu, seorang ahli perniagaan kerugian wang tunai lebih RM10,000 serta pelbagai barangan berharga selepas dirompak empat lelaki bertopeng warga Indon.
HARIAN METRO
Selasa 20 November 2007
Rumah maksiat pendatang indon
Oleh Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Kewujudan 'rumah sardin' yang menjadi tempat bersekedudukan bagi pasangan berpura-pura sebagai suami isteri, semakin popular di kalangan warga indon apabila ia dijadikan lokasi maksiat dan pergaulan bebas sesama mereka di beberapa taman perumahan di sekitar bandar raya ini, kebelakangan ini.
Apa yang mengejutkan, sebahagian pasangan itu didapati semakin berani sehingga ada yang tinggal menyewa bersama lebih 10 pasangan lain di bawah satu bumbung, sehingga perbuatan itu menjejaskan sensitiviti masyarakat tempatan.
Mereka mendakwa mempunyai pertalian perkahwinan bagaimanapun difahamkan sering bertukar pasangan dan bergaul bebas di kediaman sama yang dijadikan sebagai 'port' maksiat.
Kegiatan itu terbongkar apabila pasangan warga indon berkenaan gagal memberi sebarang bukti atau menunjukkan dokumen sebagai suami isteri apabila jawatankuasa di sesebuah kawasan perumahan mencurigai tindakan mereka tinggal bersama.
Penduduk di Taman Bahagia, Kempas, di sini, Johaini Kamsin, 44, berkata trend tinggal serumah tanpa sebarang hubungan muhrim semakin menjadi kebiasaan di kalangan kumpulan warga indon sehingga terbabit dalam pelbagai gejala sosial, kebelakangan ini.
Beliau kecewa apabila kediaman sewa pekerja indon yang bercampur aduk lelaki dan perempuan itu dijadikan rumah pelacuran berikutan menjadi tempat warga indon memuaskan nafsu serakah.
Menurutnya, kumpulan pekerja indon berkenaan sanggup berpura-pura sebagai suami isteri berikutan khuatir tindakan mereka tinggal serumah dan menjadikan kediaman sebagai lokasi maksiat dihidu penduduk di sekitar sesebuah kawasan perumahan.
Katanya, bagaimanapun perbuatan itu terbongkar apabila pasangan berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan biarpun mendakwa sebagai suami isteri.
"Sesebuah kediaman teres yang sesuai dihuni lapan sehingga 10 individu bagaimanapun sesak dengan kumpulan pekerja lelaki dan perempuan berkenaan sehingga mencecah 20 orang tinggal di sebuah rumah.
"Budaya negatif itu menimbulkan suasana luar biasa sehingga kurang disenangi penduduk sekitar," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk di Taman Kota Masai, di sini, Suradi Kadir, 48, berkata kumpulan pekerja indon yang tinggal bersekedudukan juga bertindak melampau apabila didapati gemar meminum arak sehingga berkelakukan kurang sopan di luar kediaman.
LETTER TO JAKARTAPOST
Selasa 20 November 2007
Legal certainty
I am the manager of the SE Asian division of a large international retail corporation, currently staying in Bali. This is my ninth time to visit Indonesia and I would dearly love to open and do business here.
However, I fear that will be impossible for at least another 10 years or so. The stores are full of pirated and illegal merchandise here. The police and courts are indifferent to this.
The port facilities are so riddled with inefficiencies and corruption that it is fraught with too many risks and danger to import goods. Furthermore, foreigners have zero rights and cannot win court cases unless political pressure is brought to bear at the highest levels.
That is not the environment where my company is comfortable. I've been explaining this since 1999, but it has fallen on deaf ears. There is simply no will at the top for substantial change.
JOHN LLOYD
Nusa Dua, Bali
HARIAN METRO
Rabu 21 November 2007
Pelarian Wanita indon bernama Bonda berakhir
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan boleh dikaitkan dengan seorang wanita warga indon bergelar Bonda dipercayai menipu wang ratusan ribu ringgit melalui ilmu pukau, apabila dia ditahan pihak berkuasa selepas berminggu-minggu ‘menghilang’, pagi semalam.
Difahamkan, Bonda ‘dicekup’ pihak berkuasa di sebuah rumah di Taman Dato’ Senu, Sentul, di sini dipercayai di tempat dia menumpang untuk bersembunyi daripada polis.
Penghuni rumah itu dikatakan terkejut selepas membaca berita mengenai Bonda di Harian Metro, sebelum membuat laporan polis sejurus kemudian.
Sumber memberitahu, sebaik Bonda ditangkap pihak berkuasa berikutan maklumat diberi orang awam itu, wanita itu membawa polis ke tempat dia menginap sebelum ini iaitu bilik mewah di sebuah hotel lima bintang di ibu negara.
“Pelbagai barangan kemas, jam tiruan dan barangan lain ditemui selepas bilik itu diperiksa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber itu berkata, selepas dirujuk dengan Kedutaan Indon, suami Bonda yang dikatakan seorang jeneral tentera Indon itu sebenarnya hanya berpangkat kolonel.
“Mereka berdua juga dikatakan pengamal paranormal atau mempunyai ilmu hitam,” katanya.
Sumber itu memberitahu, sebelum ini, suami Bonda yang disyaki turut bersubahat dengannya untuk menipu sudah ditahan Khamis lalu untuk membantu siasatan sebaik mangsa membuat laporan di balai polis.
“Lelaki yang dipercayai suaminya itu kini dalam tahanan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Mohd Aris Ramli, mengesahkan pihaknya sudah menahan Bonda pagi semalam untuk membantu siasatan.
Laporan eksklusif Harian Metro semalam mendedahkan seorang mangsa yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Shah, mendakwa kehilangan hampir setengah juta ringgit selepas mengenali Bonda yang mendakwa kononnya mampu menyucikan dosa dan membuang sial dirinya dan keluarga dengan hanya membayar wang.
Selain membuatkan akidah sesat, Bonda yang berusia 50-an itu dikatakan giat menipu ahli perniagaan termasuk golongan kenamaan (VIP) dengan ilmu pukau supaya mangsa menyerahkan wang tanpa disedari.
HARIAN METRO
Rabu 21 November 2007
Tektik penipuan warga indon seru jin tukar kertas jadi RM50
Oleh Erywan Norshal dan Maiamalina Mohamed Amin
KUALA LUMPUR: Segelintir warga indon tergamak menggunakan taktik kotor melalui permainan silap mata untuk menipu rakyat tempatan dengan mempengaruhi mereka menyerahkan barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit.
Kegiatan itu yang dikesan beroperasi di sekitar Chow Kit di sini, semakin berleluasa menjelang tengah malam berikutan suasana gelap memudahkan kegiatan memperdaya orang ramai.
Mereka juga sanggup menggunakan ayat suci al-Quran untuk mengaburi pengunjung sebelum melesapkan barangan berharga sekiranya penonton berminat untuk terbabit menggandakan wang mereka.
Ahli silap mata itu memperdaya orang ramai bahawa 'jin' yang dipelihara boleh menggandakan duit sekiranya sanggup menderma kepada anak yatim untuk dijadikan sebagai pengeras.
Sasaran mereka remaja kerana golongan terbabit mudah 'gelap mata' selepas percaya menonton silap mata apabila kertas kosong boleh bertukar wang RM50.
Seorang mangsa penipuan dikenali Shyam, 23, mendedahkan pertunjukan silap mata yang dipercayai didalangi warga indon.
Katanya, dia cuba 'membuat' duit apabila ahli silap mata yang berusia 40-an itu boleh menukarkan sekeping kertas kepada RM50.
"Ketika itu, 13 orang termasuk dua lagi sahabat saya mencuba sebelum dibawa ke lorong gelap berhampiran kedai makan," katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit membaca beberapa ayat al-Quran termasuk menyebut nama Allah S.W.T dengan khusyuk menyeru jin peliharaannya memasukkan duit ke dalam sampul surat.
"Pada ketika itu, saya membawa RM200 dan berharap duit itu digandakan.
"Tiba-tiba sekumpulan 20 lelaki mengerumuni kami membantu upacara memuja 'jin' bagi menggandakan wang," katanya.
Shyam berkata, lelaki warga indon itu meminta peserta khusyuk tidak mengganggu kerja jin menyalurkan duit ke sampul surat.
Menurutnya, selepas lima minit, lelaki terbabit mendakwa jin itu tidak boleh melakukan upacara itu dan mendakwa semua duit yang disedekah 'lesap'.
"Tiba-tiba seorang lelaki menjerit kemaluannya hilang dan bomoh mengatakan itu balasan tidak ikhlas ketika menderma.
"Dia itu meluahkan rasa kecewa dan meminta maaf kepada semua peserta kerana wang pengeras hilang.
"Dia yang simpati dengan kejadian itu, sebelum memberi kami nombor ekor dan menyuruh membelinya untuk menebus kerugian," katanya.
Menurut Shyam, dia cuba mengugut supaya memulangkan wangnya, tetapi dikerumuni lima orang berbadan besar dan mengarahkannya beredar dari situ.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sentul dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan penipu warga indon terbabit.
HARIAN METRO
Rabu 21 November 2007
Warga indon lemas hidu gas beracun
Oleh Saipul Adli Mohamad
JOHOR BAHRU: Perubahan sikap seorang buruh warga Indon yang kelihatan kurang bermaya dan malas bekerja, seolah-olah petanda lelaki terbabit akan menemui ajal selepas lemas berikutan terhidu gas beracun ketika mahu membuka penutup saluran dalam lubang najis berhampiran loji kumbahan di kawasan perumahan Taman Setia Tropika, Kempas Baru di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Suwarni, 35, turun ke dalam lubang najis sedalam kira-kira enam meter itu dengan menggunakan tangga, selepas rakannya, Mustahal Wahid, 33, selesai melakukan ujian untuk menghilangkan gas dengan menggunakan api.
"Kami tinggal di rumah kongsi sama tetapi dia masih bujang, manakala saya mempunyai seorang anak. Saya mengenali arwah sejak bekerja di sini, kira-kira tiga tahun lalu dan berjumpanya setiap hari kerana kami bekerja di bahagian sama termasuk membuat longkang.
"Pagi tadi (semalam), Suwarni kelihatan letih dan malas bekerja, sedangkan selalunya dia rajin. Saya tidak menegurnya kerana menganggap perasaannya terganggu selepas kami ditahan polis kerana meletakkan van pekerja di tempat tidak sepatutnya, kira-kira jam 10 pagi dan bernasib baik hanya diberi amaran.
"Bagaimanapun, tidak sangka pula, dia akan menemui ajal pada hari ini dan saya agak terkilan kerana tidak sempat membantunya yang lemas sebelum jatuh dalam air di dalam lubang najis itu," katanya.
Mustahal berkata, beliau lebih dulu turun dalam lubang najis itu, kira-kira jam 2 petang tetapi naik semula lima minit kemudian berikutan tidak tahan dengan bau gas yang kuat dan berdiri di tangga dengan jarak kira-kira tiga meter dari dasar lubang berkenaan.
Ketika itu, katanya, mangsa berada di dasar lubang sebelum rebah tidak lama kemudian kemungkinan akibat lemas selepas terhidu bau gas itu dan terjatuh dalam air sedalam kira-kira satu meter.
Menurutnya, dua lelaki yang berada di kawasan loji itu cuba membantu sebelum seorang daripadanya, Suhardi Mahmod, 30-an, terjatuh dan hampir lemas, tetapi berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.
Berdasarkan siasatan awal polis, lubang najis itu sudah dibuka pada awal pagi untuk kerja mengalirkan air tetapi kira-kira jam 11 pagi, air terpaksa dipam keluar berikutan ia tidak boleh masuk ke dalam loji kumbahan disebabkan masalah penutup saluran.
Berikutan itu, kumpulan pekerja terbabit termasuk seorang juruteknik ditugaskan untuk membuka penutup saluran dari lubang najis ke loji kumbahan dan Mustahal lebih dulu masuk ke dalam lubang itu tetapi naik semula tidak lama kemudian kerana terhidu bau gas yang kuat.
Tidak lama kemudian, Mustahal yang membuat ujian menggunakan api untuk menghilangkan gas, mula turun ke separuh lubang itu selepas mendapati api sudah tidak menyala, tetapi mangsa terus turun ke dasar dengan membawa pahat.
Selepas kira-kira 15 minit, dua pekerja di loji kumbahan ternampak lelaki itu dalam kelemasan dan mengarahkannya naik namun hanya selepas naik tiga anak tangga, mangsa jatuh terlentang dalam air.
Dua pekerja di loji kumbahan termasuk Suhardi cuba membantu dengan turun ke dalam loji dan menarik mangsa keluar dan mangsa sempat berpaut ke badannya, tetapi selepas mendaki tangga kira-kira tiga meter, mangsa terlepas pautan dan jatuh semula dalam air.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi semalam
HARIAN METRO
Isnin, 26 November 2007
Pelajar dicaci, ditumbuk di kedutaan indon
Oleh SARAH ZULKIFLI
sarah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar mendakwa dia dicaci dan ditumbuk seorang kakitangan kedutaan indon di Jalan Tun Razak, di sini, ketika berurusan untuk mengambil pasport pembantu rumahnya, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, mangsa bersama sepupu dan pembantu rumahnya turut dikepung hampir 15 minit malah diejek-ejek oleh lebih 10 kakitangan kedutaan indon itu di sebuah bilik.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, Noor Syamimi Ahmad, 16, berkata pipi kirinya lebam selepas ditumbuk seorang kakitangan berkenaan yang ‘naik minyak’ sebelum turut menumbuk cermin di kaunter.
Katanya, kejadian itu bermula selepas kakitangan di kedutaan itu melengah-lengahkan urusan yang sepatutnya selesai lebih awal dengan memindahkan urusannya dari satu kaunter ke satu kaunter lain.
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sri Gombak, dekat sini, berkata, dia pergi ke kedutaan itu kira-kira jam 2 petang bersama sepupu, Nur Syahirah Zaini, 16, dan pembantu rumahnya selepas bapanya, Ahmad Parman, 44, menghantar mereka.
“Sebaik tiba, seorang kakitangan perempuan memberitahu untuk mengambil pasport perlu datang sejam kemudian. Bagaimanapun, apabila saya datang, kakitangan lain di kaunter itu mengatakan belum siap dan mengambil masa empat hingga lima jam lagi,” katanya.
Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan jawapan kakitangan itu mempersoalkan mengapa proses itu mengambil masa lama dan kakitangan itu memarahinya dengan mengatakan dia kurang ajar.
Noor Syamimi berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an kemudian memanggilnya ke kaunter dan bertanya mengapa marah dengan rakan sekerjanya.
“Lelaki itu naik berang dan menumbuk cermin di kaunter terbabit yang hampir mengenai saya sebelum menumbuk pipi saya pula. Sepupu dan pembantu rumah yang melihat kejadian itu turut terkejut dan kami beredar bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak dibenarkan keluar dan ditahan dengan pengawal keselamatan lalu dibawa ke sebuah bilik lain yang turut dihadiri 10 kakitangan kedutaan indon.
“Saya merayu untuk menelefon bapa saya namun mereka tidak menghiraukannya malah memaksa saya berjumpa ketua mereka di kedutaan berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bersama sepupu dan pembantu rumahnya berjaya keluar dari bilik itu selepas mendapati kakitangan kedutaan indon itu leka.
“Saya terus menghubungi bapa saya yang kemudian datang dengan beberapa anggota polis. Sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) saya turut membuat laporan polis Dang Wangi, di sini,” katanya