Rabu, 07 November 2007
Pendatang haram warga indon
Oleh Zaid Salim
DUNGUN: Dua pendatang tanpa izin warga indon nekad meredah belukar dan paya bagi mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang menyerbu rumah kongsi kilang kayu di Santong dekat sini, kira-kira jam 1 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, kedua-dua lelaki terbabit bersama enam rakan termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun nekad terjun melalui tingkap belakang sebaik pintu rumah kongsi terbabit diketuk.
Pengarah Imigresen negeri, Mohd Azmin Hassan, berkata anggotanya menahan enam pendatang indon terbabit termasuk seorang wanita manakala dua lelaki terbabit dapat meloloskan diri.
Menurutnya, walaupun anggota penguat kuasa
"Selain itu, pendatang indon terbabit dipercayai bergilir sesama sendiri membuat kawalan di sekitar kawasan rumah kongsi terbabit pada sebelah malam.
"Dalam serbuan itu, anggota kita terpaksa menunggu 15 minit sebelum menyerbu apabila mendapati ia dikawal seorang lelaki.
"Serbuan hanya dibuat selepas mendapati lelaki terbabit tidur di depan pintu luar kongsi terbabit," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, semua enam warga indon termasuk seorang wanita itu kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang sebelum didakwa di mahkamah.
"Tiga akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan, seorang mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan dua lagi mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas," katanya.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Kampung Che Lijah, di sini, empat lelaki warga indon berusia 20-an ditahan ketika asyik bersembang dalam sebuah rumah sewa, kira-kira jam 2 pagi semalam.
"Kita mensasarkan menyerbu dua rumah dipercayai didiami pendatang tanpa izin warga indon tetapi gagal kerana penghuni satu daripada dua rumah itu sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota Imigresen," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya akan terus membuat pemantauan dan operasi di kawasan berkenaan khususnya di Kampung Che Lijah bagi memastikan kehadiran pendatang tanpa izin Kemboja di kampung itu tidak berleluasa.
"Semua lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa," katanya.