Showing posts with label kenapa kapal perang indon sudah pada karatan? Selalu dikencingin ya? hahaha. Show all posts
Showing posts with label kenapa kapal perang indon sudah pada karatan? Selalu dikencingin ya? hahaha. Show all posts

14 February 2008

Breaking news indon menyorok dalam almari baju (27/11/07)

HARIAN METRO
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/77620/Article/index_html

Sorok dalam almari baju
Oleh Zaid Salim

KUALA TERENGGANU: Cubaan seorang pendatang tanpa izin Indonesia menyorok dalam almari pakaian bagi mengelak ditahan imigresen yang menyerbu rumah kongsinya di Chendering, gagal apabila dikesan, kelmarin.

Wanita berusia 25 tahun dari Jawa, Indonesia itu dikatakan mengambil jalan mudah bersembunyi di celah helaian kain dalam almari itu ketika penghuni lain hilang arah sebaik menyedari kongsi mereka diserbu kira-kira jam 2 pagi.

"Saya bersembunyi dalam almari ini kerana mahu mengelak ditahan pihak berkuasa," katanya.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen Kanan, Mohd Sabri Ismail, berkata wanita berkenaan mendakwa tinggal bersama suaminya di sebuah bilik dalam kongsi itu.
Menurutnya, serbuan di tapak projek pembinaan dewan sebuah sekolah menengah di Chendering itu dibuat kira-kira jam 2.30 pagi membabitkan 15 anggota termasuk empat pegawai.

Mohd Sabri yang mengetuai operasi itu berkata, ketika pemeriksaan, beliau mendapati sebuah bilik di kongsi berkenaan kosong dan ketika memeriksa almari pakaian di bilik berkenaan, mendapati seorang wanita menyorok di celah pakaian yang tergantung dalam almari itu.

Beliau berkata, sebelum serbuan, empat pegawai dan anggota membuat intipan dan risikan di sekitar kongsi berkenaan bagi memastikan semua laluan ditutup.

"Kami terpaksa bersembunyi dalam semak berhampiran selama 30 minit sebelum menyerbu kongsi berkenaan kerana ketika tiba di lokasi, kami mendapati masih ada penghuni kongsi yang asyik bersembang.

"Bagaimanapun, selepas memastikan sekeliling kawasan berkenaan dikepung, kami memulakan serbuan dan berjaya menahan 21 pendatang termasuk empat wanita dalam kongsi yang mengandungi 10 pintu itu," katanya.

Mohd Sabri berkata, ada pendatang yang cuba meloloskan diri namun gagal kerana pihaknya sudah mengepung kongsi berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, 15 daripada mereka warga Indonesia, manakala selebihnya dari Myanmar berusia antara 18 dan 29 tahun ditahan kerana tinggal lebih masa.

"Enam lelaki dan empat wanita berusia 18 hingga 27 tahun yang tinggal lebih masa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63, manakala 11 lagi ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c), akta sama kerana tidak memiliki dokumen," katanya.