Kaki pukau jaja tiket ekor
Oleh Md Fuzi Abd LatehWanita sasaran warga indon berlagak dalam kesusahan
BATANG KALI: Penduduk daerah ini terutama wanita bimbang kegiatan sindiket pukau yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini didalangi warga indon.
Terbaru dua wanita membuat laporan polis dipukau dalam dua kes berasingan.
Seorang mangsa, Zakiah Muda, 48, berkata, dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, seorang pemuda dipercayai warga Indon berusia 30-an datang ke gerainya nasi lemaknya bersama wanita tempatan berusia 20-an bertanyakan lokasi kedai nombor ramalan di Bandar Utama Batang Kali.
"Dalam kereta, lelaki itu memberitahu dia kesempitan wang untuk kegunaan keluarga membantu isteri yang sakit. Sambil menunjukkan sekeping tiket loteri, dia menyatakan menang hadiah pertama tetapi takut menuntut wang sejumlah RM50,000 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya yang ditemui Harian Metro di Fasa 3, Bandar Utama Batang Kali semalam.
Katanya, dia memberikan RM100, barang kemas iaitu rantai, gelang tangan dan cincin bernilai RM3,500 kepada lelaki itu ketika sampai di premis berkenaan.
Zakiah berkata, suspek ada memberikan nombor telefon bimbitnya dan berjanji bertemu semula di sebuah stesen minyak untuk membayar hutang itu semula setelah menuntut hadiah daripada ejen nombor ramalan.
"Malangnya saya gagal menghubungi suspek itu kerana nombor telefon yang diberikan itu adalah palsu dan tidak ada dalam perkhidmatan.
Seorang lagi mangsa, Hasmah Musa, 46, berkata dia juga mengalami nasib yang sama apabila didatangi seorang lelaki yang mahu meminjam wang kerana isterinya hendak bersalin.
Katanya, dia dipujuk dan dirayu berkali-kali oleh lelaki itu untuk meminjam wang.
"Saya dibawa ke bank menaiki kereta suspek. Tiba di bank, saya masih merasa ragu-ragu kerana tidak pernah mengeluarkan wang bersendirian tanpa suami.
"Dalam keadaan tidak sedar dan tunduk kepada suspek, saya mengeluarkan RM3,000 untuk diberikan kepadanya sebelum suspek menghantar saya kembali ke restoran," katanya.
Lelaki itu juga memberikan nombor telefon dan berjanji membayar semula hutang itu dua hari selepas kejadian.
Kedua mangsa pukau itu membuat laporan polis di Balai Polis Batang Kali hari pada kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Batang Kali, Sarjan Mejar Abdullah Mohd Ibrahim , berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat oleh kedua-dua mangsa.
Respon aku adalah : indon ibarat lalat dan langau di Malaysia... membawa penyakit, masalah dan menyemakkan