Showing posts with label indon bangsa budak. Show all posts
Showing posts with label indon bangsa budak. Show all posts

18 February 2008

Awas indon imigrasi Malaysia nambah personil

BERITA HARIAN (6/12/07)

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20071206002715/Article/index_html

Imigresen tambah 5,000 anggota

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah meluluskan penambahan 5,000 pegawai penguat kuasa di Jabatan Imigresen bagi memperkuatkan gerakan penguatkuasaan dan operasi jabatan itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, berkata penambahan itu mampu meningkatkan lagi keberkesanan Jabatan Imigresen berikutan 2,000 pegawai sedia ada sekarang tidak mencukupi.

Beliau mengakui pelbagai masalah yang dihadapi Jabatan Imigresen dalam menangani masalah pendatang asing sebelum ini berikutan kekurangan penguat kuasa.

"Ketika melakukan serbuan untuk menahan rakyat asing termasuk pelayan pelanggan (GRO) wanita, mereka (pegawai) gagal berbuat demikian kerana GRO selalunya menghilangkan diri sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi.


“Kami menyedari mungkin ada pegawai imigresen yang bersubahat sehingga maklumat bocor, tapi tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang terbabit," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) berhubung dakwaan pelajar asing menyalahgunakan pas pelajar di negara ini.

"Sehingga 31 Oktober lalu, rekod Jabatan Imigresen menunjukkan 43,127 Pas Pelajar sudah dikeluarkan kepada warga asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pemegang Pas Pelajar dilarang bekerja dan dengan itu tidak timbul isu pelajar asing digunakan sebagai buruh.

Bagaimanapun, katanya, mereka dibenarkan bekerja pada cuti semester selama 20 jam di lokasi tertentu seperti hotel, stesen minyak, pasar mini dan restoran.

"Mereka perlu membuat permohonan daripada Jabatan Imigresen dan diperakukan oleh institusi pengajian mereka sebelum kelulusan diberi," katanya.

Abdul Rahman berkata, sehingga kini, 3,483 warga asing yang menyalahgunakan pas masuk, termasuk Pas Pelajar yang dikenakan hukuman mengikut Peraturan Imigresen 1963.

"Bagi pelajar asing yang didapati menyalahi Pas Pelajar, kami akan menangkap dan menghantar mereka pulang ke negara asal dan dilarang masuk semula ke negara ini," katanya.

Bagus... biar ramai indon ketangkap dan dijebloskan ke kem tahanan imigrasi. Bravo Malaysia